uitm d hati ku


Wednesday, August 10, 2011

ISU HANGAT DIPASARAN :- POLIGAMI



POLIGAMI.....bukanlah satu topik asing bagi semua...sebabnya, topik ini sentiasa bermain di fikiran si suami dan si isteri. Tidaklah saya menyokong mahupun membangkang apatah lagi menafikan POLIGAMI ini. Ini adalah kerana, dalam Surah An-Nisa ayat 3 ada menyatakan hukum ini yng bermaksud " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila mengahwini mereka), maka berkahwinlah dgn perempuan2 lain yang kamu b'kenan DUA, TIGA atau EMPAT." disini Allah menekankan bahawa LELAKI HANYA BOLEH B'KAHWIN EMPAT, tdak lebih...tetapi ada syaratnya juga bagi LELAKI YG INGIN BERPOLIGAMI mestilah boleh bersifat adil pd isteri-isterinya dlm soal poligami, Rasulullah S.A.W juga memberi ancaman kpd LELAKI YG TDAK MAMPU ADIL kpd isteri2nya seprti sabdanya "Mana-mana lelaki yg m'mpunyai dua orng isteri dan tdk berlaku adil kpd keduanya. Maka dia akan hadir pd hari Kiamat dgn bahunya senget sebelah (hadis riwayat imam tirmidzi, imam abu daud, imam nasai, imam ibnu majah dan darimi)."


Disini, ALLAH hanya memberi kebenaran kpd lelaki yng ingin berpoligami adalah dgn syarat MAMPU ADIL. lelaki perlu adil kpd isteri dari segi zahir dan batin, ini bagi mengelakkan berlaku perasaan tdk puas hati antara isteri serta timbul pergaduhan sesama isteri. Biarlah berlaku adil dalam berpoligami kerana itu sahaja yng boleh menyejukkan si isteri pertama setelah suami berkahwin lain.



BAGI SI ISTERI
Bagi mereka yng dimadukan oleh si suami jgn lah b'fikir yng kamu akan kehilangan insan yg kamu kasihi. Ini adalah kerana cinta manusia tidak pernah kekal apa yg perlu kita sedari saat dimadukan adalah LANGKAH AWAL UTK MERAIH CINTA ALLAH (hanya pndi b'kata tpi tiada pengalaman sendiri,hehehe :) jgn marh okey?) bayangkanlah apabila kamu ditinggalkan oleh si suami pd waktu malam, jadi ini kesempatan kamu untuk si isteri meluangkan masa berharga kepada ALLAH dan mendekati diri kita kepadaNya.


Bak kata USTAZ KELAS KEKELUARGAAN ISLAM 2 saya ( ustaz syazali ),apabila si isteri dimadukan maka berlaku persaingan yang baik antara isteri, masing2 ingin rebut kasih sayang si suami. Kiranya tiada istilah kurang kasih sayang dalam konsep berpoligami kerana si suami masih menyayangi si isteri.

PAYUNG EMAS
Sebenarnya TIADA ISTILAH payung emas!! kononnya apabila si isteri membenarkan si suami berkahwin lain si isteri dpt payung emas. ITU ADALAH TDK BENAR SAMA SEKALI!!!! tiada satu hadis pun mengatakan mengenai payung emas itu.

PERINGATAN BUAT LELAKI DI LUAR SANA

Menurut DR.MUHAMMAD AL-BAHI dlm bukunya yg dterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh  FATHURRAHMAN  "POLIGAMI bukanlah satu prinsip yg wajib dilaksanakan di dalam syariah islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. POLIGAMI hanya merupakan PERKARA HARUS dan SATU RUKHSAH(keringanan) dlm keadaan darurat."
P/S : sesungguhnya apa yg dtulis bukan bertujuan utk komen orang atau kritik sesiapa. ini adalah utk peringatan diri saya juga sbgi insan yg lemah. Sesungguhnya yang baik itu dtg drpd ALLAH yang silap itu dtg dari saya sendiri.